SihatéKembali ke aplikasi
PANDUAN RINGKAS

Mula dengan langkah kecil.

Semua yang anda perlukan untuk bermula dengan Sihaté Brain.

Bagaimana hendak bermula?

  1. Log masuk ke akaun anda.

    Gunakan akaun yang sama setiap kali supaya rekod prestasi anda kekal bersama.

  2. Aktifkan Brain Access.

    Tekan “Aktifkan Sekarang” dan masukkan Kod Akses yang diberikan oleh pasukan Sihaté.

  3. Lengkapkan tiga aktiviti hari ini.

    Pilih satu latihan minda, jawab kuiz bacaan dan sahkan satu rutin yang sudah dibuat. Lihat XP dan kemajuan anda di Prestasi.

Soalan lazim

Di mana saya boleh dapatkan Kod Akses?

Kod Akses diberikan oleh pasukan Sihaté. Jika belum menerima kod, hubungi pasukan kami untuk menyemak kelayakan dan cara mendapatkannya. Log masuk sahaja belum mengaktifkan Brain Access.

Kod tidak diterima. Apa perlu saya buat?

Salin semula kod yang diberikan dan semak jika ada aksara tertinggal. Kod mungkin sudah tamat tempoh atau tidak aktif. Jika masalah berterusan, hubungi pasukan Sihaté dan sertakan mesej ralat yang dipaparkan.

Kenapa XP tidak bertambah setiap kali bermain?

XP mempunyai had harian. Tiga permainan berbeza pertama memberikan +10 XP setiap satu. Anda masih boleh bermain semula untuk berlatih selepas had itu. Kad aktiviti akan menunjukkan jika aktiviti sudah selesai.

Bagaimana hendak tebus dan semak hadiah?

Buka Ganjaran, capai XP yang diperlukan dan pilih hadiah yang tersedia. Lengkapkan maklumat penerima, kemudian hantar permintaan. Status semakan ada di Ganjaran Saya. Baca panduan penebusan.

Prestasi saya nampak kosong selepas log masuk.

Semak e-mel dalam Profil dan tetapan. Rekod setiap akaun berasingan. Jika tersalah akaun, log keluar dan masuk semula dengan akaun asal.

Halaman tidak selesai dimuatkan.

Semak sambungan internet, kemudian muat semula halaman. Jika masalah berulang, sertakan jenis peranti, pelayar dan tangkap layar mesej ralat apabila menghubungi kami.

KAMI SEDIA MEMBANTU

Hubungi pasukan Sihaté.

Nyatakan “Sihaté Brain”, e-mel akaun anda dan masalah yang berlaku. Untuk penebusan, sertakan nombor permintaan.

sihatecare@gmail.com